Pengalaman Pakai Braces & Kos yang terlibat

 

Hi, Assalamuaikum guys ! Harini suri nak cerita serba sedikit pengalaman buat braces. Korang yang terjumpa blog ni mesti samada tengah research info atau tengah decide lagi samada nak buat ke tak?

100% do it !

Inilah investment yg i rasa paling berbaloi spend utk diri sendiri.

Untuk yg berumur bawah 18 tahun, tak silap boleh daftar buat braces secara percuma dekat klinik kerajaan. TAPI… ada waiting list la. Dengarnya sampai setahun dua jugak menunggu tapi baloi sbb dapat buat free kan. Kalau korang umur dah terlebih sebab lmbat tau pasal free braces mcm i ni πŸ˜‚ dah boleh la standby duit, start survey mana2 klinik gigi yg offer perkhidmatan braces.

 

klinik gigi braces shah alam

 

1. Pencarian klinik gigi

Klinik pilihan i atleast kena ada 2 faktor ni. Pertama, Dekat. Kedua, Murah. Good customer services issa bonus. Suri memang carik yg dekat sebab appointment braces sebulan sekali kena jumpa doktor untuk check up & ketatkan braces. Kalau jauh tu mcm leceh, faktor transport & duit minyak lagi. Benda-benda macam ni kena consider untuk jimatkan kos.

Lepas dah shortlist beberapa klinik yg dekat dgn rumah, suri start call klinik untuk tanya lebih detail berkenaan rawatan braces, compare harga dan lain-lain. Ada klinik ni yang downpayment dia RM 2k, setiap bulan bayar RM 200. Ada pula yang deposit RM 1.8 k, setiap bulan perlu bayar RM 190.

Last2 suri pilih klinik Dr. Azila seksyen 9 sebab antara yg termurah dan terdekat. Customer service pun ok, friendly. Tanya macam-macam semua dia jawab dengan baik. Kos konvensional metal braces di klinik Dr. Azila berjumlah Rm 5,500 termasuk retainer. Deposit perlu dibayar sebanyak RM 1,500 pada hari pemasangan braces dan balance dibayar ansuran sebanyak RM 150 setiap kali datang appointment braces. Kos ni tak termasuk lain-lain treatment ya seperti x-ray, tampalan & cabutan (jika perlu)

 

consultation rawatan braces

2. Consultation untuk rawatan braces

Ok, lepas dah berpuas hati dengan penerangan lengkap melalui phone call, i pun buatlah appointment untuk sesi consultation (screening) dulu. Consultation untuk braces free tau. Most klinik biasanya free, kalau ada yg caj tu mmm korang cari je lah klinik lain.

Masa sesi pemeriksaan, doctor cek keadaan gigi i atas bawah, tangkap gambar dari bahagian sisi dan depan (untuk compare result & testimoni mungkin?). Kes i ni agak teruk jugak sebab gigi atas jongang & gigi bawah jarang yang sangat ketara. Dr. Azila advise kalau nak buat braces boleh, tapi kalau nak senyuman betul-betul cantik ala-ala ig model gituh kena pi hospital buat operation untuk tarik rahang ke apa. Aku dengar pun dah cuak hshsh surgery memang tak lah huhu so i pilih braces je.

 

hospital kpj shah alam

3. X-ray gigi di hospital KPJ

Selepas sesi screening gigi baru doktor proceed ke next step iaitu minta suri buat x ray gigi.

Kenapa nak kena buat dental xray ?

Sebab doctor nak tengok gigi korang ada masalah lain ke tak yang tak boleh dikesan dgn mata kasar. Nak pastikan tiada gigi bongsu yang terbenam @ tak keluar lagi sebelum dipasang braces. Juga nak tgk keadaan gigi ada tak yg perlu dicabut untuk bagi ruang gigi bergerak.

Kebanyakan klinik gigi takde mesin x ray dan korang perlu buat di hospital berdekatan. i tanya staff klinik boleh ke amik x ray kat gov? (sebab nak jimat kos). Diorang kata boleh, tapi biasanya gov akan charge sama je seperti private bila patient bawa surat refer dari klinik swasta. Sebelum ni klinik Dr. Azila biasa refer juga ke hospital sek 7 shah alam tetapi gambar x ray kurang clear. So far KPJ shah alam kualiti x ray maintain okay lagi. So, i pun tak nak banyak cekadak ikut je seperti yang dicadangkan. Malas nanti tetiba gambar tak jelas, dah 2 kali kerja pulak nak kena ambil & bayar lagi sekali.

Staff klinik pun bagi i surat refer utk ambil x ray di KPJ Shah Alam. i terus walk in ke hospital KPJ dan tanya kat kaunter mana bahagian x-ray. Dah sampai front desk department tu i tunjuk lah surat refer dari klinik. Masa i pergi tak ramai sangat orang, tunggu pun tak lama dalam 15 minit je kemudian terus dipanggil ke bilik x ray. Selesai prosedur, tunggu result dan buat pembayaran. Kos x-ray gigi di KPJ shah alam adalah sebanyak RM 150.

ok, lepas doctor dah review keputusan xray, klinik pun call i untuk appointment seterusnya iaitu pemasangan braces. Wehh i bertuah gila sebab tak payah nak kena cabut gigi 😭 sebenarnya benda yg paling takut sepanjang proses ni kalau tiba-tiba kena cabut gigi. Bayangkan la gigi geraham korang yg elok dan sihat tiba2 dibelah gusi, dicungkil, ditarik keluar & dijahit semula huuuuu tidakkk !! I’m not prepared for that & my pain tolerance is really LOW πŸ₯΅

 

persediaan sebelum braces

4. Scaling dan Tampal

Doctor inform ada 3 benda yg perlu clear sebelum pemasangan. if ada infection/ bengkak, kena treat dulu sampai elok. ada lubang kena tampal & ada karang gigi kena scaling. Ok, time ni i nak jimat kos, 2-3 hari sebelum appointment terus buat scaling & tampal dekat klinik kesihatan seksyen 19 dengan bayaran rm 4 je. Kalau caj klinik swasta untukΒ  scaling atas bawah RM 100 lebih. Tampal 1 gigi pulak RM 60-100

i rasa dalam byk2 rawatan gigi, rawatan yang sekejap seperti scaling & tampal la paling berbaloi skali kalau nak buat dekat gov sebab tak ada beza sangat dgn swasta. Mungkin bezanya klinik swasta ada assistant tolong pegangkan dental suction tu. klinik gov selalunya korang kena pegang sendiri (self service) 🀭

kalau cabut or major surgery i dont mind paying more kat klinik swasta sebab klu tengah sakit2 tu i nak lebih selesa & layanan mesra. Ni pendapat peribadi i la. Korang nak buat rawatan kat mana semua tu depend atas ketebalan poket masing2 and your own reason.

 

getah braces
Setiap kali appointment braces, boleh pilih nak colour apa

 

5. Hari pemasangan braces

Jeng jeng jeng, hari appoinment! i semangat datang klinik awal pagi, sampai2 tu staff suruh pilih color getah dan kemudian barulah dipanggil masuk untuk sesi rawatan. Rupanya sekejap je nak pasang braces ni, tak sampai sejam siap. Lepas dah selesai baru i diminta untuk bayar deposit RM 1,500 di kaunter dan staff bagi i borang untuk sign pasal bayaran bulan-bulan tu.

Sakit tak?

i masa doctor buat tu punyalah cuak sebab baca experience orang lain dekat blog cakap sakit la apaa. Tapi ehhh tak sakit ponnnn?? Sabarr gaiss. jangan berlagak dulu. sakit dia datang nanti. lepas dah 3-4 jam gigi akan start berdenyut, perlahan-lahan korang rasa gigi tu mcm kena tarik2 & rasa nak luruh gigi 😩

Lain orang maybe lain pain tolerance dia sbb ada yg kata tak sakit langsung. i kan low pain tolerance so ni lah yg i rasa lepas kekonon eksyen cakap tak sakit tu. Sakit gila sampai tahap nak kunyah makanan pun tak boleh. 3 hari i terpaksa ambil panadol and sebab malas nak buat bubur i blend je tomyam ayam dgn nasi dgn telur goreng hshhshs. After a week barulah dah boleh bertenang sikit.

 

interdental brush braces wax
Interdental brush utk membersihkan celahan braces, wax utk mengelakkan ulser dalam mulut

6. Aftercare braces

Untuk aftercare pulak, klinik bagi interdental brushes, berus gigi soft & braces wax. Wax tu disapu (bila perlu) dekat braces part yang berselisih dalam mulut untuk mengelakkan ulser. i turut diberi penerangan cara2 memberus gigi untuk pastikan braces betul2 bersih dan gusi bebas daripada potensi jangkitan. Doktor azila bagitau yg i ada hyperactive tongue dan mungkin tu yang membuatkan gigi i jarak2 sebab lidah menolak-nolak gigi. Dia advise untuk buat senaman lidah (clicking tongue) 5 minit sehari dan pastikan posisi lidah sentiasa rest dekat lelangit atas supaya rawatan braces ni berkesan.

 

floss braces

Ok, next benda yg i beli sendiri dekat drugstore adalah floss utk braces ni. dia macam ada dawai keras dekat hujung dia tu untuk memudahkan masuk celahan braces. i guna ni sekejap je sebab leceh and lebih prefer interdental brush. Masa awal2 tu gigih la setiap kali lepas makan gosok gigi. Kalau 6 kali makan, 6 kali la gosok gigi. Now i pagi & malam je. In between tu guna interdental brush & mouthwash je.

Scaling semasa pakai braces pula suri buat kat klinik gov biasa bayar RM 2 je. Scaling perlu buat 6 bulan sekali, sebab kalau karang gigi banyak, treatment braces kurang efektif sebab gigi tak boleh bergerak.

 

7. Result

Overall pengalaman i buat braces ni Alhamdulillah proses dari mula smpai habis semuanya mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu. i buat braces awal bulan Oktober tahun 2019. Semasa i tulis artikel ni (Jun 2020) baru 8 bulan je pakai braces tapi sumpahh banyak gila beza. Boleh nampak gigi yg jarang2 kembali merapat. Perbezaan ketara sangat especially kat gigi bawah la. Gigi atas still otw. huhu i cuma nyesal kenapa la tak buat lagi awal. Cant wait to see end result after 2 years. Buat tau gaiss!! kalau belum cukup duit lagi takpe korang start je kumpul sikit2 dari sekarang. i malu nak tunjuk gigi sebenarnya tapi ok la sebab nak menggalakkan korang, this is my result after just about 8 months.

 

sebelum selepas braces
Byk beza lepas 8 bulan, especially gigi bawah

 

UPDATE (30 July 2021) :

Suri dah bukak braces bulan 5 haritu and this is the result,

 

lepas buka braces
Tadaa !!

 

Tak secantik gigi artis, tapi bagi Suri memuaskan jugak la hasil dia berbanding gigi dulu yg jarang-jarang. Sampai sekarang masih rasa ini investment paling berbaloi untuk diri sendiri.

Ok, nak cerita sikit lagi sebelum menutup tirai.

Jangkaan awal Dr. Azila utk rawatan braces i adalah 2 tahun, tapi tengok2 laju pulak gigi bergerak. Dari sepatutnya buka bulan 10 tahun ni, dah dipercepatkan ke bulan 5. Maka nya, last appointment utk buka braces tu baki rawatan yg suri kena bayar adalah lump sump sebanyak RM 1,450. Jadi, kalau korang merancang untuk buat braces, cash seumpama ini korang boleh la standby tepi incase kena buka awal macam i jugak. Masuk siap2 dalam korang punya tabung emergency braces hehe

Sekian, berakhirlah braces journey suri. Kalau korang nak tanya apa-apa soalan (non medical) pasal braces boleh DM suri kat twitter @suri_lisa. I selalu aktif kt twitter. Blog kadang2 lupa nak bukak ataupun ada soalan yg terlepas pandang.Β 

 

**Kalau artikel ni sangat membantu korang, jemputlah follow ✨Kedai Shopee Suri✨
I jual travel size skincare & makeup 100% authentic from Sephora.

I guess that’s all for now. For me, braces is really life changing & boost your self esteem. Thank you pada yg sudi singgah & baca blog suri. See y’all in the next post!



36 thoughts on “Pengalaman Pakai Braces & Kos yang terlibat”

  • Hiii, suri,harga braces atas bawah still sama ke rm5500 juga awak bayar? Ke asing. Sebab saya teringin nak pasang braces cuma tengah survey juga hehe, hope u reply this comment πŸ₯°

    • Hi asya, yes atas bawah RM5500 time suri buat tahun lepas. Sekarang ni rate sama je lagi kot? boleh call klinik dr azila (03-5891 0629) to confirm πŸ™‚
      *btw buat laa, braces ni mmg rawatan paling berbaloi!!

    • Hi suri. Hmm, sy niat nak pasang braces sbb gigi jogang n tkeluar. Mcm awk sy pun tlambat nak fikir pasal nak psg braces ni. Sy tak ada pengalaman or knowledge pasal braces or klinik2 yg tawarkan pemasangan braces so sy tanya doc dekat klinik kerajaan ni klinik mana dkt area kami yg tawarkan buat braces. N doc ni sebut 1 nm klinik. N sy pun call klinik tu. Ckp nak buat braces n diorg pun setup appointment. Sampai masa appointment tu doc pun buat check up n ambik ukuran gigi semua. Result nya sy ada masalah gusi n perlu buat rawatan gusi dahulu baru boleh trskan buat braces. N doc bgitau sy kena cabut 4 batang gigi. Kos buat braces sahaja pula ialah rm 7-8k. Masa buat check up tu pun doc caj rm 30. Huhu sy tak tau la perlu ke teruskan buat kat klinik tu? Btw thanks share pengalaman awk. Sgt membantu!

      • Hi anis, ini cadangan suri je tau, rawatan gusi & cabut gigi tu boleh buat kat klinik kerajaan sbb lebih affordable.
        Lepastu utk braces, anis cuba call dalam 4-5 klinik gigi berdekatan utk survey & bandingkan harga. Baru puas hati sbb dpt fikir dulu & tak terburu-buru.
        yg penting dptkan informasi sbyk mungkin masa call klinik tu tau, n tanya klu sesi consultation utk braces ada caj tak?

    • hi jia, suri dah pernah tanya dah. dia half price dpd harga asal. tapi boleh call dulu any clinic just to verify πŸ™‚

  • Hai suri.. saya tengah memikir lagi ni… nak beli hp or buat bracess haha.. tapi lepas baca suri tulis β€œinvestment paling berbaloi untuk diri sendiri” terus rasa nak buat skrg gak! Hahahahahaha

  • Hi nak tanya? Operation rahang yg dr mention tu buat under swasta atauu kerajaan and brp kos dia ye? Ada dr mention tak?

    • yes, klinik2 swasta bayar deposit dulu dalam 1k+ kemudian bayar bulan2 setiap kali datang appointment utk ketatkan braces tu πŸ™‚

    • Hi, jangkaan 2 tahun tapi dia actually depends dgn keadaan gigi kita jgk sebenarnya. klu gigi cepat bergerak dan tak byk problem maybe less than 2 years

  • haa , menarikk la kisah you sis ! saya dah lama teringin nak buat sebab gigi bawah jarang sangat dahh ! dulu masa ade check dkt sekolah masa f5 buat tak tahu je . tapi bile dah umo 21 skrg baru perasan gigi makin jarang dan mcm buat saya kurg konfiden nk bercakap sbb nmpk gigi tuhh jrg.. kene start balik slow2 kumpul duit nie.. doakan sayaa

  • Hi suri, saya nak tau, for deposit tu, RM1500 tu included 1st appointment punya payment ke tak? Or kena tambah another RM150?

    • Hi aida, hari appointment utk pasang braces tu suri cuma bayar deposit RM 1500 je, appointment seterusnya (sebulan sekali utk ketatkan braces) baru bayar RM 150 πŸ™‚

  • hi kak suriπŸ‘‹πŸΌ saya baru 16 tahun. saya nak tanya , betul ke untuk someone yang umur dia bawah 18 tahun free of charge untuk di gov ?
    & terima kasih bagi info ni πŸ’— stay safe ; )

  • hi, nk tanya. kalau kita dah pasang braces kat klinik swasta pastu untuk next appointment tu kita nk scaling dulu kat klinik kerajaan boleh ke? nnt kat klinik kerajaan tu dia cabutkan braket kita terus eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *