Masalah rambut gugur & rawatan di klinik

I perasan rambut start gugur masa awal tahun 2020 dalam bulan mac. Mula2 i tak amik kisah sangat, fikir dia macam gugur biasa2 je. Tapi makin lama makin banyak pulak dan dia start membimbangkan bila sampai tahap selak je dah nampak kulit kepala. Maksudnya rambut i dah makin nipis 😭

Being in this family, i used to be the thickest like in everything. dari segi rambut & juga lemak2 di badan 😆

Solved the fat problem dgn diet intermittent fasting. Now what do we do with hair fall?

Solusi pertama i adalah google. Awal bulan 5 tu, i mula cari info pasal perkara yang boleh menyebabkan rambut gugur dari kondisi kulit kepala sehinggalah masalah dalaman seperti hormon & genetik. Semua produk2 yang claim boleh melebat & menguatkan akar rambut i beli masa watsons & guardian sale. Hasil tangkapan i antaranya syampu & conditioner OGX, seborin hair tonic, ellips mask, virgin coconut oil & castor oil.

guardian haul rambut gugur
Tadaaa! Hasil Tangkapan Guardian Sale

Antara tips yang i dapat dari google utk kurangkan gugur adalah kena cuci rambut selang sehari. Reason dia i baca rambut kita time basah ni dia fragile & senang putus. So i try je buat semua treatment rambut tu selang sehari. Kesannya rambut jadi sangat-sangat lembut, wangi dan senang diurus ala2 iklan syampu tu.. TAPI KAN masalah utama i iaitu hairfall tetap tak berkurang huhu..  Cuma dengan penggunaan Seborin hair tonic, i perasan lepas 2 minggu pakai tu baby hair ada tumbuh sikit2 dekat bahagian depan. Dari segi pertumbuhan ada la notice improvement, tapi kalau yg gugur lagi byk dari yg tumbuh pun hmmm macam takde makna jeh. 😭😭

Dekat sebulan lebih jugak i ikhtiar sendiri tapi hasil tetap sama so that’s when i decided to seek professional help. Hello!! your girl here dont want to be bald. I nak cari root cause of my hair fall bcoz nothing I use work. I pilih untuk pergi ke klinik Dr. Chong di Vista Alam Seksyen 14. Sebelum pergi tu i dah tanya berapa fees untuk consultation and klinik Dr. chong ni free je. i ada juga call klinik aesthetic lain & fees dia standard la dalam RM 50.

 

klinik dr chong
Klinik Dr. Chong Vista Alam

 

13 Jun tu i walk in dan bermula sesi konsultasi dengan Dr. Leong. Doctor periksa kulit kepala & said my scalp is fine. Tiada kelemumur, tak ada nampak merah, gatal2 atau radang dekat kulit kepala. Rambut i pula pattern gugur dia all over scalp, bukan yg tertumpu dekat 1 tempat je atau bald spot. Faktor genetic pun bukan bcoz none of my family members experience this. Selain tu, i juga tak ada buat apa2 pada rambut seperti bleaching or heat styling so he completely ruled out external factor and started asking about my diet & lifestyle. i explained to him about my lifestyle & how i incorporated intermittent fasting in my diet. Dr. said its probably diet yang tak cukup nutrisi or stress or BOTH. 🙁

Actually i ada terfikir nak buat blood test sebab nak tau secara tepat apa puncanya. Doctor said blood test tu kos nya dalam 2k plus sebab dia bukan macam blood test biasa, ni yg detail punya and hospital gov tak ada buat. The treatment is definitely cheaper than the test itself. So i let go je lah that one and then doctor laid out list of available treatment. Doctor Leong suggest i ambil Pakej hair regrowth treatment berharga RM 4,388. Ini katanya Promo klinik sepanjang June 2020. Hrga biasa pakej dalam RM 7.5k + gitu

 

rawatan rambut gugur klinik dr chong

 

Rawatan hair loss untuk 6 bulan ni termasuklah

Prp 3x
Hair growth laser 3x (Fractional co2)
Syampu 3x

Hair spray Atau Oral medication

Minoxidil
Biotin
Collasil

i mulanya tak pasti nak sign up ke tak sebab 4k is not a small amount for me. Apa yang buatkan i tertarik adalah apa2 treatment yg atas 2k kat sini boleh bayar secara installment. Treatment yang ribu2 tu jadi affordable kot guys. Tapi i tak terus buat keputusan. Lepas dari jumpa doctor tu i ambil masa 2 minggu untuk fikir balik patut ke i ambik. i did my reading too pasal treatment yg doctor suggest ni, banyak yg i research result dia 50/50 tapi Dr. assured me treatment untuk wanita slalunya 90% success. Liang pori kulit kepala masih terbuka & masalah i ni masih diperingkat awal. Kalau untuk lelaki yg korang tengok dah botak licin tu, diorang punya liang pori dah tertutup so rawatan jenis ni tak digalakkan sebab tak boleh guarantee keberkesanannya. Masalah tu hanya boleh ditreat dgn rawatan tanam rambut.

Ok, sebab dia kata promo ni sampai habis june, memang tepat 29 hb i terpacak dekat situ la citenye. Stress level i tinggi gila sehari sebelum pergi tu sebab rambut makin dasyat gugurnya. i cam dah fikir masak-masak dan akhirnya signed up. Sesi pertama i start haritu jugak.  Doctor mulakan dgn rawatan laser diikuti dengan PRP. Untuk PRP, doctor akan ambil darah kita dulu kemudian tunggu setengah jam untuk diproses di mesin khas yg akan memisahkan platelet dari komponen darah. Platelet ini yang akan disuntik ke kulit kepala dengan tujuan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. PRP i tak pernah buat tapi tau la ini salah 1 prosedur yg selalunya digunakan utk kecantikan muka. Ohh and i baru tau PRP untuk tujuan kecantikan sahaja hukumnya haram. tapi kalau untuk tujuan rawatan dibolehkan. i did my research and found this info thanks to twitter & google.

sesi rawatan rambut gugur

Hmm overall sesi rawatan sekejap je, tak sampai setengah jam dah siap. Pada i laser boleh tahan lagi, rasa pedih2 sikit je tapi PRP sakit nak mampus ya Allah !! Scalp tu rasa ditoreh-toreh. i complain kt doctor siap question why people willingly do this on their face?? Dia gelak je sambil cakap, ofcourse nak cantik punya pasal. Sebelum balik doctor advise 2-3 hari pertama elakkan buat aktiviti yang berpeluh macam bersenam supaya rawatan ni berkesan. At-home treatment pulak i diberikan 2 syampu untuk dipakai selang sehari beserta ubat oral collasil, biotin & minoxodil.

Update : 28.7.2020

My first treatment kan start akhir bulan jun haritu and now its been a month after. i still tak nampak any significant effect lagi. Rambut i still shedding a lot?? maybe its too early to tell i dont know. i still take all the medicines though & shampoo cam biasa.

Second appointment tu i asked my doctor kenapa makin banyak pulak rambut gugur. Dia kata tu common sebab laser akan menyebabkan ada rambut yg putus, tapi dont focus on that. i perlu fokus pada rambut-rambut baru yg akan tumbuh. 

Update : 1.9.2020

i think the treatment kinda work guyssss?!

i dah nampak noticable improvement mcm rambut gugur dah tak sebanyak dulu. and i can feel it with my fingers yg anak2 rambut mula naik. omg is it too early to be happy? 😭 i takut la pulak kalau dah habis treatment ni and stop makan ubat then what will happen to my hair?? i takut rambut akan gugur balik. So for now im trying my best to fix my diet dgn suku suku separuh, exercise regularly & get enough sleep mcm yg doctor advise. i’m hoping for the best!! nak rambut kepuk2 balik!

Last treatment i habis bulan disember ni. insyaAllah i akan update each month macam mana rambut i n overall berkesan tak hair growth treatment di klinik dr. chong.

Stay tuned !



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *