Kenapa Low PH Cleanser Penting?

low ph cleanser

Hello im back guys, tengok tajuk dah tau kan ape nak cite kali ni. Sebenarnya dulu sebelum belajar pasal skincare ni suri main sebat je pakai cleanser apa asalkan serasi dengan muka.

Tak reti nak tengok kita patutnya pakai cleanser yang macam mana, Dia elok atau tak dengan kulit muka. Cuma tengok ada bahan yang best, gambar ekstrak buah buahan atau aloevera jer terus beli hahaha. Lepas tu setiap kali cuci muka, bila rasa kesat & kering (squeky clean) barulah suri rasa kulit tu betul2 bersih. Sape pernah macam ni?

Ok, yang betul sebenarnya bila kulit kita rasa terik, tegang & kering lepas cuci muka adalah sebab kita guna cleanser yg tinggi pH level dia (alkaline) dan dia berpotensi untuk merosakkan kulit muka kita.

ph level skin

Apa itu PH Level?

PH ini adalah kayu pengukur untuk bagitau kita tahap keasidan, neutral & kealkalian sesuatu produk.

Low PH : 0-6 (Acidic)

Normal PH : 7 (Neutral)

High PH : 8-14 (Alkaline)

PH level kulit kita pulak jatuh pada skala 4.7 – 5.7 (Low PH) jadi kita kena matchkan juga dengan cleanser yang Low PH supaya kulit kita berada dalam kondisi optimum untuk berfungsi.

 

alkaline skin

Apa akan jadi kalau kita pakai juga cleanser yg tinggi PH level dia?

Cleanser yang tinggi tahap alkali akan terlebih buang SEMUA natural oil tanpa belas kasihan termasuklah benda yg sepatutnya melindungi kulit kita. Dia akan kacau fungsi lapisan pelindung kulit yang dipanggil acid mantle. Acid mantle ini ibarat payung yang protect kulit kita dari bakteria, fungi, virus dan pencemaran. Dia juga memerangkap kelembapan kulit, jadikan kulit anjal dan bebas jerawat — pendek kata dia buat segala-galanya lah untuk kulit!

Bayangkan kalau tiada acid mantle ni, kita dalam bahaya. Kulit akan jadi lemah dengan benda-benda yg boleh trigger breakout atau eczema. Penggunaan cleanser tinggi PH setiap hari boleh rosakkan kulit dan menyebabkan kita terdedah kepada bakteria penyebab jerawat, maka senangla untuk timbul jerawat, dapat masalah kulit kering, dehydration, flaky & radang. Maybe masalah kulit yang korang ada sekarang ni pun adalah disebabkan cleanser??

Haaa cuba cek balik PH level cleanser memasing. Kebanyakan skin problem sebenarnya berpunca dari cleanser yg salah. Sebab itu lah benda pertama yg kita perlu titik berat bila pilih cleanser adalah kadar PH dia.

 

Macam mana nak tau cleanser kita Low PH ke high PH?

Cek label & baca website. Ada sesetengah brand yang letak label cleanser dia ‘PH balanced’. PH balanced maksudnya dekat dengan PH level kulit kita iaitu diantara skala 4-6. Ada juga brand yang tak bagitau, yang ni korang kena cuba test sendiri pakai litmus paper. Boleh didapati di shopee atau mana2 kedai berdekatan.

Kalau nak tau dari segi tekstur pulak, selalunya cleanser yang high PH ni dia foaming or banyak buih. Buih dia bukanlah jenis yg halus, sikit2 tu. kemudian lepas cuci muka, kulit akan rasa bersih kering yang macam agak kesat (squeaky clean) macam suri ada mention sebelum ni.

 

Kalau nak cari Low PH cleanser pula, berapa PH yang sesuai?

Kulit kita ni semulajadi acidic dan sesuai dengan acidic skincare products, so korang boleh cari diantara skala 4 – 6. Digalakkan PH 5.5 sebab pada level ini kulit boleh maintain penjagaan barrier dengan sangat baik. Bila PH kulit slightly acidic dia akan menyukarkan pathogen untuk membiak, manakala good stuff akan flourish. Pakailah produk yg paling sama PH dengan kulit untuk keep them healthy & function at its best.

Antara Kebaikan guna Low PH cleanser

  • Tak mengeringkan kulit muka
  • Bagus untuk yang ada eczema
  • Dapat melindungi lapisan acid mantle
  • Jimat duit dari beli toner (utk siapa yg on budget)

Toner asalnya dicipta utk regulate balik ph kulit kita, jadi kalau cleanser korang dah low ph tak payah guna toner pun tak apa. It’s completely optional. Terpulang pada budget kita, Kalau tak ada pun ok & dah jimat kat situ.

Antara cleanser low PH yang suri pernah pakai sebelum ni, Innisfree blueberry rebalancing 5.5 cleanser, Kayman coalberry cleanser & coalface soap. So far tiga2 ni best and masing2 ada kelebihan tersendiri. insyaAllah kalau rajin nanti suri buat review okay!

i guess that’s all my sharing for today. Ingat tau rules kalau nak beli cleanser, soalan pertama yg korang wajib tanya kat seller tu adalah berapa PH level cleanser? Hopefully diorang transparent, tau info pasal product & boleh jawab. Remember to always choose low ph cleanser. Ingat cleanser, ingat low PH! Ok bye !



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *