Geran khas prihatin RM3,000 untuk peniaga kecil sederhana

 

Hello gaiss harini suri nak share pasal Geran Khas Prihatin.

Apa itu Geran Khas Prihatin? Ia adalah inisiatif kerajaan dibawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat untuk bantu meringankan beban peniaga kecil sederhana yang terjejas akibat covid. Bantuan dari GKP ni adalah sebanyak RM 3,000 secara one-off jika diluluskan tanpa sebarang bayaran balik. Bulan May 2020 haritu geran ni ada buka, i dah apply dan bayaran telah pun diluluskan pada bulan Jun berikutnya.

Sekarang ni kerajaan buka balik permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 bermula dari 1 oktober – 31 oktober 2020 bagi yang tak berkesempatan atau tak cukup syarat untuk apply sebelum ni. Suri yakin ada diantara kita yg sangat2 perlukan bantuan macam ni lagi2 diambang covid ni so let’s see apa kelayakan untuk dapat dan macam mana nak apply.

 

Syarat Kelayakan Untuk memohon Geran Khas Prihatin 2.0 :

  1. Berwarganegara Malaysia
  2. Bukan penerima GKP sebelum ini
  3. Peniaga kecil sederhana yg jumlah sales tahunan tak lebih 300k DAN bilangan pekerja tak lebih dari 4 orang
  4. Berdaftar dengan SSM ATAU LHDN ATAU PBT sebelum 1 September 2020
  5. Masih aktif dalam bisnes semasa permohonan dibuat

 

Kalau korang dah cukup syarat2 seperti yang disebutkan diatas please apply, sangat mudah cara apply dia & nak tunggu keputusan pun tak lama. 15 November 2020 dah boleh semak sama ada permohonan kita diluluskan atau tidak. Dan kalau lulus, bayaran dijangka akan bermula 25 November 2020.

 

Okay, jom kita tengok pulak macam mana cara nak apply.

 

  1. Pergi dekat web https://gkp.hasil.gov.my/ dan Isikan no Mykad seperti yg diminta

geran khas prihatin

 

2. Klik pada permohonan baru dan dia akan keluar borang macam ni, Isikan detail peribadi anda

permohonan geran khas prihatin 2.0

 

3. Column seterusnya isikan maklumat perniagaan.

cara isi borang geran khas prihatin

  • Jenis perniagaan : pilih samada Pemilikan tunggal (Enterprise) / Syarikat (Sdn Bhd) / Perkongsian
  • Nama perniagaan : isikan nama yg berdaftar dgn SSM
  • Nombor pendaftaran : isikan no. pendaftaran SSM, kat sini ramai yg confuse nak isi yg mana. Sila rujuk sijil SSM anda. Contoh : 2020031xxxxx (no. pendaftaran baru) manakala JM09xxxxx-H (no. pendaftaran lama). Isikan no. pendaftaran baru tersebut mengikut apa yg tertera di sijil SSM anda
  • Nombor lesen perniagaan : Ini untuk mereka yg ada kedai/ premis perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan. Untuk yg 100% bisnes online dan tiada kedai/ premis, cukup sekadar mengisi nombor pendaftaran SSM.

 

Untuk nombor lesen perniagaan tu, ada orang tanya wajib isi ke sebab dia punya column bertanda merah (wajib isi) dan tak boleh proceed untuk hantar borang kalau dibiarkan kosong. Masa i apply dulu takde tanda merah tu, so i just isi dekat bahagian no. pendaftaran je. tapi incase korang punya borang wajib isi, ni i ada jumpa info kat twitter

geran khas prihatin no lesen perniagaan

 

4. Next part, fill in je detail perniagaan. yg ni rasanya tak ada masalah kan?

semak gkp

Harus diingatkan yang layak memohon adalah yg Sales tak lebih RM 300,000 setahun & pekerja tak lebih dari 4 orang. Kalau ada buat bisnes online, boleh isikan sekali alamat url website/ blog / social media.

 

5. Lepas dah complete isi semua, klik tanda jika bersetuju & hantarkan borang. Siap! 

semakan lhdn gkp ssm

 

SEBENARNYA BYK BANTUAN GOV UTK BUSINESS OWNER . .

This has not been spoken a lot but I nampak banyak bisnes owner yg terlepas peluang utk apply geran & bantuan kerajaan semata mata sebab tak ada SSM. Rugi sangat2.

Geran pertama yg I terima adalah bantuan kerajaan utk peniaga online sebanyak RM 1k pada tahun 2013. Requirement dia? kena ada SSM + website/blog sendiri. Siapa yg dah cukup kriteria hanya perlu apply & tunggu duit masuk. 2nd geran adalah Geran Khas Prihatin ni. Pada Bulan May lepas Requirement dia adalah SSM + yang dah declare dgn LHDN.

Sedih tengok banyak keluhan peniaga online yg post kt fb & twitter, “alaa takde SSM, tak declare LHDN” Kemudian terlepas peluang utk dapatkan geran2 mcm ni. 

Ramai org takut nak register SSM sebab nanti kena bayar tax. Tak semestinya. Depends pada income bisnes, if you are a small business owner & just starting out most probably you don’t have to pay any tax. Buka file LHDN hanya utk declare sahaja. Dan kalau bisnes dah maju n perlu bayar tax. Jangan takut utk bayar sebab ni boleh jadi supporting document yg penting klu u nak beli property in the future. 

So yeah if you are doing business, untuk yang tak buat SSM lagi, please consider registering SSM dan buka file dkt LHDN. It is essential for every business. Mana tau next2 time ada lagi bantuan seumpama ni, so u dah boleh apply dan duit geran sedikit sebanyak boleh bantu bisnes u ❤

Siapa yg GKP 2.0 dia lulus nanti share la result dgn Suri!! i suka tengok org dapat geran camni. Just tag me on twitter @suri_lisa 



Leave a Reply

Your email address will not be published.