Cara Hilangkan Kulit Kusam & Parut Gelap
Hi guys, harini suri nak bagi tips cara hilangkan kulit kusam & parut gelap. Ini bukan petua traditional atau natural yg kita kena tepek benda2 kat dapur macam beras, kunyit, madu but its more like
✨Skincare Edition✨
Suri akan share sesetengah produk yg suri pakai berkesan & sesetengah pulak suri tak pernah cuba, tapi dengar bisik2 orang yg katanya ‘Holy Grail’ dlm dunia skincare
3 produk pertama yg suri nak kenalkan agak kuat tapi sangat berkesan.
(Amaran, tak digalakkan untuk acid beginner / yg tiada basic skincare rutin yg kukuh)
.
1. Dr. Dennis Gross Alpha Beta Extra Strength Daily Peel
Pakai ni umpama korang pergi brightening facial dekat klinik aesthetic. 1 keping je dah nampak kesan. Seriously suri memang recommend yg ni untuk orang yg dah biasa pakai acid & sebagai cara hilangkan kulit kusam. Dr Dennis gross peel versi extra strength ini menggabungkan 7 jenis acid yg diformulasi dengan sangat baik. Ia membuang sel kulit mati dan improve kita punya tona dan teksture kulit. Versi extra strength yg suri suka ni sangat kuat, dia sesuai utk kulit oily & combination. Kalau korang jenis kulit sensitif atau kering, Dr. Dennis gross peel ada versi ultra gentle & universal jugak 🙂

Manfaat dia selain utk kulit kusam, dia bagi penampilan liang pori kita nampak kecil, hilangkan jerawat & pudarkan pigmentasi. Dr. Dennis Gross peel ni suri personally pakai dan ramai org cakap benda ni wajib atleast seminggu sekali dalam skincare routine diorang. Cuba tanya korang punya favourite skincare influencer? rata-rata pun memang suka dengan peel ni. Pakai waktu malam as a night treatment, tengok cermin esoknya fuhhh korang mesti terkejut dengan result dia! Nampak 1 tona lebih cerah & bila sentuh kulit sendiri rasa licin. Sumpah tak tipu, ni pengalaman suri sendiri.
Sebab acid peel ni sangat power, harga dia pun sama naik mahalnya. harga 5 keping RM 75, maknanya sekeping jatuh RM 15. kalau nak murah sikit korang boleh beli time Sephora sale ada diskaun sehingga 20%
2. Alpha H Liquid Gold
Star ingredient dalam ni adalah 5% glycolic acid. Sesuai untuk kulit normal, dry, oily dan combination. Kandungan Glycolic acid dalam Alpha H Liquid Gold membuang sel kulit mati yang menyebabkan muka kusam. Suri perasan kalau pakai ni kulit nampak segar, sihat & lebih berseri dari biasa sebab sel kulit baru dah naik ke permukaan menggantikan kulit mati tu.
Siapa yg suri recommend untuk cuba produk ni?
Pengguna acid yang nak level up daripada gentle acid seperti lactic / azelaic kepada glycolic acid. Ada review cakap yg kulit sensitif pun takde isu untuk pakai, tapi suri nasihatkan buat patch test dulu takut dia terlampau kuat untuk kulit korang. Kalau DDG peel tu suri guna seminggu sekali, Alpha H Liquid Gold pulak suri guna selang sehari atau selang 2 hari. Kadang-kadang acid ni boleh buatkan kulit kita kering tapi Alpha H Liquid Gold walaupun suri pakai dengan kerap dalam 3-4 kali seminggu, dia tak mengeringkan. Bangun pagi kulit rasa moist & lebih cerah dari malam sebelumnya. Best sangat!
Pada pendapat suri, dia almost as good but tak sepower DDG peel, tapi kadang2 kita tak perlu pun produk yg dikatakan paling power untuk capai kesan yang terbaik dekat kulit kita. Bak kata orang, sometimes less is more. Maybe cara hilangkan kulit kusam, dengan sedikit exfoliation kulit kita dah flawless. Kalau terover exfoliate lebih dari yg kulit boleh tahan, potensi untuk merosakkan lapisan pelindung kulit tu tinggi.
Suri dah pernah alami sebab kulit sendiri pernah breakout akibat terover pakai acid. Penting untuk balance, tak tamak nak result yg cepat dan tau apa yang sesuai dengan ketahanan kulit kita. Dan dalam skincare rutin korang, suri nasihatkan guna 1 sahaja exfoliating acid sebab lebih daripada tu berisiko untuk radang & tak bagi manfaat tambahan pun pada kulit.
Harga Alpha H Liquid Gold dekat Sephora RM 71 untuk 30 ML. Pada suri harga dia OK kalau nak dibandingkan dengan performance acid ni dan ianya tak semahal acid yang lain.
3. Farmacy Honeymoon Glow AHA Resurfacing Night Serum
Serum ni direcommend oleh Nai labeautyologist, pakar estetik yg mempopularkan kaedah pencucian muka yg digelar ’60 second cleansing method’ Bila dia tweet je pasal serum ni, tak sampai seminggu terus sold out kat mana2 gais. Dasyat betul. Suri yg tak boleh duduk diam bila dengar product hype ni, of course lah beli satu hehe
Peratusan acid dalam ni agak tinggi, 14%, ia hasil gabungan beberapa jenis acid dan dibalance kan juga dengan tambahan honey blend as soothing property. Personally pada suri, Farmacy honeymoon Glow ni kesan dia betul2 padan dengan nama dia. Baru 1 kali guna je, kulit muka glowing dan parut pun nampak pudar sikit.
Tapi antara ketiga-tiga ni, Farmacy honeymoon glow paling pedih mungkin sebab peratusan acid yg tinggi. i kena pakai soothing toner sebelum serum supaya dia boleh buat kerja dia tanpa menyebabkan radang pada kulit. Serum ni memang untuk orang yg dah biasa pakai acid yg kuat. kalau korang beli farmacy glow, suri nasihatkan untuk prep your skin, pakai dulu soothing toner or lightweight moisturizer sebelum serum.
Manfaat dia selain daripada menghilangkan kulit kusam, suri perasan dia mcm elokkan tekstur kulit jugak. Suri rasa orang yg ada bumpy skin atau mature skin akan suka dengan acid ni sebab dia bagi effect anti aging yg buat muka kita nampak plump n glowy.
4. Dr. Jart shake & shot rubber mask
Dr. jart ceramidin bagi kelembapan pada kulit but the real winner here adalah dr. jart shake & shot brightening luminous. Lawa gila skin lepas pakai ni. Kulit umpama bersinar dari dalam sampai korang tak payah beria nak makeup tebal pun takpe. Kombinasi radiant skin dan light makeup, confirm orang puji 🤭
“ni memang cantik sejak lahir ke ni?”
Tak seperti ketiga-tiga exfoliating acid diatas, dr. jart shake & shot rubber mask semua jenis kulit boleh pakai. Dia ada banyak pilihan mengikut kesesuaian fungsi. Ada yang untuk hydrating, firming, purifying, soothing, brightening & pore minimizing. Korang pilih je nak yg mana, tapi favourite suri sudah tentulah shake & shot brightening (luminous), lepas tanggalkan mask kulit instant cerah!
1 je yg tak best, harga dia agak mahal, RM 40 dekat sephora. Suri rasa 1 mask tu banyak, boleh 2 orang pakai. So kalau korang ada member atau family, share la beli dengan diorang lepas tu pakai sama2. Atau bancuh separuh je, simpan selebihnya dan next time bancuh lagi. Mask T20 ni sesuai dipakai masa korang ada event2 penting seperti wedding, interview ataupun candle light dinner sebab ianya solusi pantas untuk kulit auto cantik.
Cara pakai shake & shot mask, kita kena bancuh dengan cara campurkan serbuk dan cecair didalam cup tu. Lepas dah sebati, cepat2 pakai sebelum kering. Bila mask mengering, nanti dia memejal jadi macam getah kemudian boleh ditanggalkan tanpa perlu bilas. best gila pakai ni rasa sejuk je muka macam nak pakai hari2. kalau baca review kat sephora ini antara mask yg ramai cakap best. Sometimes ada produk yg hype sampai ke bintang tapi result dia mehh. Pada suri, ni produk yg totally worth the hype and it deliver result!! Rasa macam dia layak dapat No. 1 in term of cara hilangkan kulit kusam.
Definitely a fun mask yg korang kena cuba atleast sekali seumur hidup.
5. Sunday Riley C.E.O. 15% Vitamin C Brightening Serum
Ini satu-satunya produk yg suri tak pernah cuba lagi dan yg paling mahal antara semua, dengan size 30 ML je harganya mencecah RM 386
Power sangat ke ingredient dia sampai harga mcm ni?
Sunday Riley Ceo Serum menggunakan THD ascorbate, bentuk vitamin C yg paling stabil.
Produk yg ada Vitamin C biasanya menggunakan jenis l-ascorbic acid sebab ianya lebih murah & kos efektif untuk buat skincare. tapi masalahnya l ascorbic acid kurang stabil & senang oxidize bila terdedah kepada udara dan cahaya. Tanda serum vitamin c yg telah oxidized ialah dia akan berubah colour menjadi kekuningan. Apply la banyak mana pun dia tetap kurang berkesan, atau lebih merugikan, tak berkesan langsung. Berlainan pula dengan THD ascorbate, ia sejenis vitamin c yg kukuh, tak cepat oxidized serta diakui keberkesanannya yang boleh menyerap jauh ke dalam lapisan kulit.
if we were to make a rivalry comparison :
You, L ascorbic acid, the unstable mess, and THD Ascorbate is the cousin you hate that has a stable life, outshine you and excels in all the things your mom always compares you to him
Sunday Riley Ceo Serum boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Tapi untuk orang yang berkulit sensitif jangan lupa patch test dulu ya. Manfaat lainnya dia juga bertindak sebagai antioksidan mengurangkan kerosakan kulit, menghilangkan garis halus, jerawat dan mencerahkan parut gelap.
Banyak juga skincare influencer yg suri kenal pakai Sunday Riley C.E.O serum dan diorang memang recommend ni sebab effect pencerahan dia yang power. Tak tau kenapa diri sendiri tak tergerak hati lagi nak cuba, mungkin sebab harga dia yang agak mahal? tapi serum ni suri memang dah awal2 masuk dalam wishlist antara skincare yg wajib cuba
Ok, rasanya itu sahaja antara product yg suri yakin untuk recommend dekat sini.
Sebelum tutup artikel, suri nak share sikit pengalaman terbaru pergi klinik aesthetic Dr. Ko untuk teman adik buat rawatan muka. Semasa sesi consultation salah 1 soalan yg adik i tanya, macam mana cara hilangkan kulit kusam?
Dr. nasihat,
“Kena berterusan pakai skincare dan yg paling penting sunscreen jangan tinggal. Skincare yg akan bantu hilangkan kulit kusam. It is a constant & life time effort but it is a journey that’s worth it. You will feel happy with the result once you are committed to taking care of it”
Lebih kurang camtu lah dia cakap. Produk yg suri share dekat atas ni hanyalah berperanan sebagai skincare booster. Kulit akan kembali kusam kalau kita tak jaga basic skincare routine seperti cuci muka dengan Low PH cleanser, pakai moisturizer dan sunscreen setiap hari. Dalam blog iman abdul rahim juga ada cerita secara ringkas, padat & precise tentang Macam Mana Nak Kurangkan Kulit Kusam